Saturday , 7 December 2024
Home Nasional Pengeboman di Quetta: Anwar zahir dukacita terhadap serangan
Nasional

Pengeboman di Quetta: Anwar zahir dukacita terhadap serangan

Pengeboman di Quetta: Anwar zahir dukacita terhadap serangan

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 10 November-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian serangan bom yang mengerikan di Quetta, Pakistan.

Kejadian itu meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan menyebabkan ramai lagi cedera.

\”Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan takziah yang mendalam kepada rakyat Pakistan yang sedang berkabung atas kehilangan yang tidak masuk akal dan memusnahkan ini.

Datuk Seri Anwar turut menzahirkan dukacita atas insiden itu serta menyifatkan tindakan kekejaman dan keganasan yang menyasarkan orang awam dan anggota keselamatan sebagai tidak masuk akal dan mengerikan.

\”Perbuatan kejam dan keganasan menyasarkan orang awam dan anggota keselamatan adalah peringatan jelas mengenai ancaman berterusan dibawa oleh ekstremisme dan ideologi iaitu kuasa-kuasa yang merosakkan kemajuan dan keamanan dalam masyarakat Muslim,\” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau turut menegaskan Malaysia juga berdiri teguh dalam solidariti bersama Pakistan untuk menentang keganasan.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam satu tragedi pengeboman pada Sabtu yang menyasarkan stesen keretapi di wilayah Balochistan.

Letupan berlaku ketika para penumpang sedang menunggu di platform di stesen keretapi utama di ibu kota wilayah, Quetta.

Related Articles

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+
Nasional

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAGEORGE TOWN, 7 Disember– Perdana Menteri...

Banjir enam negeri beransur pulih
Nasional

Banjir enam negeri beransur pulih

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 7 Disember- Kemaskini jumlah penduduk terjejas banjir di enam...

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI
Nasional

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd...

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan
Nasional

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 7 Disember- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan...