Friday , 20 September 2024
Home Nasional Pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dalam peringkat kajian
Nasional

Pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dalam peringkat kajian

Pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya dalam peringkat kajian

Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh/ Foto BERNAMA

SUNGAI PETANI, 2 September- Pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya masih dalam peringkat kajian dan pelaksanaannya belum dimuktamadkan.

Peguam Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata, jawatankuasa terlibat dalam proses itu telah melawat ke beberapa negara untuk menjalankan kajian empirikal mengenai pengasingan peranan jabatan itu.

\”Saya fikir, ianya masih dalam proses kajian dan pasukan daripada Jabatan Peguam Negara turut juga dalam komuniti itu dan mereka sedang menjalanakn kajian lagi.

\”Mereka telah melawat beberapa buah negara dan masih dalam proses untuk memuktamatkan perkara itu,\” katanya.

Ahmad Terrirudinditemui pemberita selepas merasmikan Program Santuni MADANI Jabatan Peguam Negara di Program Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu di sini.

Program berkenaan merupakan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua ketua jabatan atau ketua pengarah pulang ke kampung masing-masing bagi menyumbang dan mengeratkan silaturahim.

Beliau yang juga anakkelahiran kawasan itu berkata pemilihan PPR Paya Nahu amat bertepatan memandangkan kawasan luar bandar itu dapat ditingkatkan potensi dan keupayaan masyarakatnya dari segi sosioekonomi dan keperluan penduduk setempat.

Pelbagai aktiviti disediakan antaranya Klinik Bantuan Guaman oleh Jabatan Bantuan Guaman, pemeriksaan kesihatan dan taklimat daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penerangan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Jabatan Peguam Negara bermula pukul 9.00 pagi hingga 3.00 petang.

Pada Oktober tahun lalu,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata agenda mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksanakan secara berperingkat selepas kerajaan mengambil kira kerumitan dan cabaran pelaksanaannya.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...