Home Nasional Pengarah mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di Kanowit
Nasional

Pengarah mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di Kanowit

Pengarah mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di Kanowit

Foto fail

SIBU, 31 Mac – Pengarah Mahkamah Negeri Sabah Marutin Pagan, 56, maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan di Bulatan Kanowit/Durin dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu Zulkipli Suhaili yang dihubungi menerusi pesanan WhatsApp tengah malam tadi mengesahkan perkara berkenaan. Kemalangan berlaku kira-kira 1.59 petang Ahad.

Zulkipli berkata Toyota Fortuner yang dipandu oleh wanita berusia 28 tahun itu terbalik, menyebabkan Marutin tercampak sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu adik kepada mangsa yang maut, Maria Pagan menerusi perkongsian di Facebook berkata Marutin dalam perjalanan pulang dari Machan di Kanowit menuju ke Sibu.

Sebelum menyandang jawatan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Marutin pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Sesyen di Bintulu, Sibu dan Kuching.

Related Articles

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: KPKT kaji mekanisme bantu mangsa

Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan, Nga kor Ming / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR,...

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini
Nasional

Kebakaran saluran paip gas: 20 agensi mula siasatan pagi ini

FOTO BERNAMASUBANG JAYA, 2 April- Sebanyak 20 agensi akan memulakan siasatan dan...

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights
Nasional

Parlimen Puchong salur RM1,000 kepada mangsa kebakaran Putra Heights

FOTO FACEBOOK Yeo Bee Yin(杨美盈) PUCHONG, 2 April- Bantuan tunai sebanyak RM1,000...

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah
Nasional

HSA sasar kumpul 7,200 beg darah

Foto BERNAMAJOHOR BAHRU, 2 April-Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor...