Home Nasional Penganjur, peserta RXZ Members 6.0 diingatkan patuhi syarat
Nasional

Penganjur, peserta RXZ Members 6.0 diingatkan patuhi syarat

Penganjur, peserta RXZ Members 6.0 diingatkan patuhi syarat

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin / Foto RTM

KUALA TERENGGANU, 9 September – Penganjur dan peserta Program RXZ Members 6.0 diingatkan untuk mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa atau berdepan risiko pembatalan permit penganjuran pada masa akan datang.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata garis panduan telah dibincangkan dalam empat siri mesyuarat penyelarasan bersama agensi lain termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2).

Katanya, kesemua 80,000 peserta yang akan menyertai program bermula Jumaat ini diingatkan agar mematuhi peraturan.

\”Peserta mesti memiliki lesen memandu sah dan motosikal dengan cukai jalan yang berkuat kuasa. Pastikan tiada pengubahsuaian fizikal pada motosikal yang melanggar undang-undang.

\”Nombor pendaftaran perlu mengikut piawaian dan ekzos tidak diubah suai. Semua kenderaan hendaklah berhenti di sekatan jalan raya untuk pemeriksaan,\” katanya selepas mesyuarat penyelarasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, di sini.

Tambah Mohd Khairi, seramai 101 pegawai dan anggota polis akan bertugas sepanjang program dua hari tersebut bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik.

\”Rondaan di kawasan perumahan serta sekatan jalan raya akan ditingkatkan, terutama di bandar raya ini,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....