Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Penerbangan terus Bahrain ke Malaysia, kembang sektor pelancongan negara
Nasional

Penerbangan terus Bahrain ke Malaysia, kembang sektor pelancongan negara

Penerbangan terus Bahrain ke Malaysia, kembang sektor pelancongan negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim

MANAMA, 20 Februari- Kerajaan berhasrat untuk mengembangkan sektor pelancongan negara melalui penerbangan terus dari Bahrain ke Malaysia untuk meningkatkan jumlah pelancong antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis, jaringan penerbangan itu berupaya menjadikan sektor pelancongan kedua-dua buah negara lebih maju dan berdaya saing seiring dengan hasrat kerajaan dalam merancakkan sektor ekonomi dan pelancongan dalam negara bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

\”Kita nanti minta Gulf Air supaya ada penerbangan terus, memang Putera Mahkota, Sheikh Salman Hamad al-Khalifa yang juga Perdana Menteri Bahrain sebut supaya kita beri perhatian kepada jaringan penerbangan dengan menghubungkan pesawat lebih kerap sama ada Malaysia Airlines (MAS) atau syarikat penerbangan lain. Kita akan perhatikan perkara ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia di Bahrain.

Sementara itu diaspora Malaysia yang tinggal di luar negara mempunyai peranan besar dalam usahaminat pelancong luar untuk ke Malaysia selain mempromosikan nilai dan budaya negara di mata dunia.

Perdana Menteri menyifatkan usaha itu seiring dengan hasrat kerajaan dalam merancakkan sektor ekonomi dan pelancongan negara khususnya bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

\”Penampilan saudara-saudara dan duta-duta itu sgt penting dalam memperbaiki imej negara. Tetapi harus juga aktif untuk kempen tentang Malaysia termasuk pelancongan.

\”Di Malaysia kita ada banyak lokasi menarik dan boleh dilawati seperti di Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan setiap negeri di Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri,\” katanya lagi.

Related Articles

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen Ramadan, Syawal
Nasional

TikTok LIVE Malaysia lancar kempen Ramadan, Syawal

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 21 Februari- TikTok LIVE Malaysia bersedia membawa semangat...

UPMKB, BDA optimis tangani isu pengurusan sisa makanan
Nasional

UPMKB, BDA optimis tangani isu pengurusan sisa makanan

Pengarah UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini (tiga dari kanan) bersama Timbalan...

Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu ternak lembu fidlot manfaatkan dana SejaTi MADANI
Nasional

Komuniti Kampung Titi Tinggi Hulu ternak lembu fidlot manfaatkan dana SejaTi MADANI

Pelancaran Program Penternakan Lembut Fidlot di Kampung Titi Tinggi Hulu TITI TINGGI,...

Selangor berhasrat tambah kediaman pelajar di Mesir
Nasional

Selangor berhasrat tambah kediaman pelajar di Mesir

Datuk Seri Amirudin ShariSHAH ALAM, 21 Februari- Selangor berhasrat menambah penempatan pelajar...