Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Penemuan sisa sarung tangan getah terpakai, JAS Kedah laksana siasatan
Nasional

Penemuan sisa sarung tangan getah terpakai, JAS Kedah laksana siasatan

Penemuan sisa sarung tangan getah terpakai, JAS Kedah laksana siasatan

Foto RTM

KULIM, 18 Ogos– Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Kedah menjalankan siasatan terhadap penemuansatu tan metrik dipercayai sisa sarung tangan getah terpakai bersama bahan-bahan lain di sebuah tapak binaan kilang di Kulim, Kedah.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab menerusi kenyataan berkata siasatan dijalankan bermula pada Sabtu berdasarkan aduan sebuah syarikat perunding yang menjalankan kajian teknikal di tapak tersebut.

Katanya, aduan diterima menerusi e-mel pada Jumaat lalu.

\”Penyiasatan dan persampelan buangan selama enam jam bermula pada pukul 9.00 pagi tadi.Sampel-sampel berlainan jenis komposisi diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia cawangan Pulau Pinang untuk dianalisis,\” kata kenyataan itu.

Tindakan lanjut akan diambil setelah keputusan analisis diterima.

Kes akan diserahkan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP) dan pihak Taman Teknologi Tinggi Kulim, sekiranya buangan adalah sisa pepejal.

Jika tercemar dengan buangan terjadual, kes akan diambil tindakan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan 2024).

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...