Home Nasional Penemuan mayat reput di Kuala Langat, identiti dikenal pasti
Nasional

Penemuan mayat reput di Kuala Langat, identiti dikenal pasti

Penemuan mayat reput di Kuala Langat, identiti dikenal pasti

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Januari– Polis berjaya mengenal pasti identiti mayat yang ditemukan dalam keadaan reput di RTB Sungai Changgang, Kuala Langat pada Sabtu lalu.

Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan hari ini oleh Jabatan Kimia Malaysia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu telah dikenal pasti sebagai Yap Xin Yuan.

\”Pihak polis telah memaklumkan keputusan itu kepada keluarga mangsa dan mereka akan menerima mayat tersebut petang ini,\” kata Datuk Hussein dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau turut memaklumkan siasatan diteruskan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu, masing-masing berumur 16, 20 dan 51 tahun bagi membantu siasatan.

Yap Xin Yuan dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....