Home Nasional Penebusan Baucar Buku MADANI secara 'online' elak ketirisan
Nasional

Penebusan Baucar Buku MADANI secara 'online' elak ketirisan

Penebusan Baucar Buku MADANI secara 'online' elak ketirisan

Wong Kah Woh/RTM

GEORGE TOWN, 21 Januari- Penebusan Baucar Buku MADANI bakal dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian bagi mengelakkan sebarang isu ketirisan seperti yang berlaku sebelum ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata langkah tersebut bertujuan memastikan pelaksanaan lebih telus dan memanfaatkan pelajar sepenuhnya.

Beliau berkata baucar berkenaan boleh ditebus menerusi aplikasi \’Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa)\’ yang turut menyediakan platform untuk pembelian buku secara langsung.

\”Baucar Buku MADANI ini dilaksanakan 100 peratus secara dalam talian. Langkah ini mengatasi masalah ketirisan yang pernah berlaku sebelum tahun 2018, di mana baucar buku dijual dengan harga lebih rendah tanpa digunakan untuk pembelian buku.

\”Dengan platform DELIMa, pelajar dapat menebus dan membeli buku secara terus, manakala pengusaha buku juga mendapat manfaat menerusi penyertaan dalam platform ini,\” katanyakepada pemberita ketika menghadiri Majlis Penyerahan \’Smart Board\’ di Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang di sini hari ini.

Kah Woh berkata buku yang dibeli melalui aplikasi DELIMa akan dihantar terus ke alamat pelajar sekali gus memudahkan proses penebusan dan pembelian untuk semua pihak.

Beliau turut berharap inisiatif tersebut menjadi batu loncatan dalam menarik minat pelajar terhadap budaya membaca.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....