Saturday , 9 November 2024
Home Nasional Penduduk terjejas banjir Kedah terus berkurang, Johor dan Perak kekal
Nasional

Penduduk terjejas banjir Kedah terus berkurang, Johor dan Perak kekal

Penduduk terjejas banjir Kedah terus berkurang, Johor dan Perak kekal

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 12 Oktober – Jumlah penduduk terjejas banjir di Kedah terus mencatatkan pengurangan malam ini berbanding petang tadi manakala di Johor dan Perak tidak berubah.

Di Kedah, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain dalam kenyataan berkata, jumlah penduduk terjejas banjir berkurangan kepada 2,170 orang daripada 653 keluarga setakat 8.00 malam ini berbanding 2,387 orang daripada 718 keluarga petang tadi.

Kesemua mereka ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

“Kota Setar merekodkan penduduk terjejas tertinggi iaitu 1,399 orang (417 keluarga) ditempatkan di sembilan PPS, diikuti Pendang 507 orang (139 keluarga) berlindung di dua PPS.

“Sebanyak 148 orang daripada 54 keluarga ditempatkan di dua PPS di Kubang Pasu manakala 116 orang daripada 43 keluarga di satu PPS di Pokok Sena,\” katanya.

Di Johor, 17 orang daripada tiga keluarga kekal berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bunut, Batu Pahat malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan tiga kawasan terlibat banjir terlibat ialah Kampung Talang Bunut, Kampung Olak Batu dan Kampung Parit Nipah Laut di Batu Pahat.

Di Perak, Sekretariat JPBN memaklumkan 136 orang daripada 40 keluarga kekal di dua PPS di Kerian dengan paling ramai ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak iaitu 71 orang (20 keluarga) manakala di PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai seramai 65 orang (20 keluarga) .

Menurut sekretariat berkenaan, kesemua penduduk terjejas berada di kedua-dua PPS itu sejak kira-kira seminggu lepas.

Related Articles

Polis mohon saksi tampil bantu siasatan libat lori pengangkut kereta perisai terbalik
Nasional

Polis mohon saksi tampil bantu siasatan libat lori pengangkut kereta perisai terbalik

Lori jenis loader membawa muatan dua kereta perisai terbabas petang semalam/Foto orang...

Masyarakat perlu lebih waspada jenayah 'scammer'
Nasional

Masyarakat perlu lebih waspada jenayah 'scammer'

FOTO FAIL MATA AYER, 8 November– Pelbagai kes jenayah yang berlaku ketika...

Malaysia perlu terajui teknologi baharu, bersaing di peringkat global
Nasional

Malaysia perlu terajui teknologi baharu, bersaing di peringkat global

Datuk Seri Fadillah YusofKUALA LUMPUR, 8 November- Malaysia perlu tekad mendepani teknologi...

Letupan di Lubnan, enam anggota MALBATT cedera
Nasional

Letupan di Lubnan, enam anggota MALBATT cedera

Foto REUTERSKUALA LUMPUR, 8 November-Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa enam...