Home Nasional Penduduk terjejas banjir di seluruh negara terus berkurang
Nasional

Penduduk terjejas banjir di seluruh negara terus berkurang

Penduduk terjejas banjir di seluruh negara terus berkurang

Penduduk terjejas banjir mula mencuci dan mengemas barangan masing-masing

KUALA LUMPUR, 3 Disember- Penduduk terjejas banjir di seluruh negara terus mencatatkan pengurangan kepada 67,208 setakat pukul 11.00 malam berbanding pukul 6.00 petang tadi iaitu 70,654.

Menerusi InfoBencana Jabatan Kebajikan Maysarakat (JKM) Kelantan masih mencatatkan penduduk terjejas banjir paling ramai iaitu 43,753 yang masih berlindung di 96 pusat pemindahan sementara di negeri itu.

Ia melibatkan enam daerah iaitu Pasir Mas (22,449), Tumpat (20,556), Kota Bharu (403), Bachok (243), Tanah Merah (55), Pasir Puteh (47) dan Tumpat (46).

Di Terengganu 15,448 penduduk terjejas banjir direkodkan dan kesemuanya ditempatkan di 63 PPS di negeri itu.

Ia melibatkan tujuh daerah iaitu Kuala Nerus (5,760), Dungun (5,628), Kuala Terengganu (3,234), Hulu Terengganu (480), Marang (186), Setiu (158) dan Kemaman (2).

Sementara itu di Kedah ia melibatkan 6,261 penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di 32 PPS di negeri itu.

Ia melibatkan empat daerah iaitu Kota Setar (4,151), Kubang Pasu (1,503), Pokok Sena (452) dan Padang Terap (155).

Di selatan tanah air Johor mencatatkan 1,068 penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di 20 PPS di negeri itu.

Ia melibatkan dua daerah iaitu Segamat (901) dan Tangkak (167).

Di Perak seramai 442 penduduk terjejas banjir yang berlindung di 10 PPS di negeri itu.

Ia melibatkan lima daerah iaitu Kinta (207), Hilir Perak (76), Kampar (74), Perak Tengah (70) dan Larut, Matang dan Selama (15).

Di Melaka pula penduduk terjejas banjir di negeri itu melibatkan 172 di satu daerah iaitu di Jasin.

Kesemuanya ditempatkan di dua PPS di daerah berkenaan.

Di Pahang 50 penduduk terjejas banjir direkodkan yang berlindung di empat PPS di negeri itu.

Ia melibatkan dua daerah iaitu Bera (38) dan Temerloh (12).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....