Home Nasional Penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 625 Orang
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 625 Orang

Penduduk terjejas banjir di Perak meningkat kepada 625 Orang

Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Perak meningkat kepada 625 orang daripada 188 keluarga, setakat 8 pagi tadi / Foto RTM

IPOH, 14 Oktober – Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Perak meningkat kepada 625 orang daripada 188 keluarga, setakat 8 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sebanyak 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka melibatkan empat daerah.

Di Kuala Kangsar, PPS Sekolah Kebangsaan Lasah mencatatkan jumlah penduduk tertinggi dengan 214 orang daripada 58 keluarga, manakala PPS SMK RLKT Lasah menempatkan 96 orang daripada 27 keluarga.

PPS Dewan Pandak Hamid, OAOSC, Bawong menempatkan 32 orang daripada sembilan keluarga.

Di Hulu Perak, PPS SK Kerunai dibuka pada pukul 4 pagi tadi dan menempatkan 47 orang daripada 18 keluarga.

PPS SK Plang menempatkan 45 orang daripada 13 keluarga, manakala 39 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di SMK Sultan Idris Shah 2.

Selain itu, PPS Dewan Kampung Padang Jeri menempatkan 36 orang daripada 13 keluarga, sementara lima orang daripada dua keluarga berlindung di SMK Kenering.

Di daerah Kerian, PPS SK Parit Haji Aman Bagan Serai menempatkan 65 orang daripada 20 keluarga, manakala PPS SK Changkat Lobak, yang dibuka sejak 2 Oktober, masih menempatkan 46 orang daripada 15 keluarga.

Dua PPS baharu yang dibuka pagi tadi di SK Pahit, Hulu Perak dan Dewan Kampung Batu 4, Muallim masih dalam proses pemindahan penduduk.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....