Home Nasional Penduduk terjejas banjir di Perak meningkat
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Perak meningkat

Penduduk terjejas banjir di Perak meningkat

foto arkib

IPOH, 5 Oktober – Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak meningkat, malam ini.

Setakat pukul 8.00 malam, seramai 136 orang daripada 41 keluarga dipindahkan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di daerah Kerian menempatkan 45 penduduk daripada 12 keluarga.

Manakala PPS Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai pula menempatkan 28 penduduk daripada sembilan keluarga.

Di Taiping, 48 penduduk daripada 14 keluarga dipindahkan ke PPS SK Matang Gelugor.

15 orang daripada enam keluarga pula berada di PPS Sekolah Kebangsaan Matang.

MetMalaysia meramalkan hujan di semua daerah di negeri Perak, malam ini.

Sementara itu, di Selangor, 975 penduduk dari 232 keluarga masih berlindung di enam PPS.

Menurut kemas kini Info Bencana JKM, tiga daerah terjejas iaitu Kuala Selangor, Gombak dan Shah Alam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....