Home Nasional Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93

Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93

PPS di Pahang

LIPIS, 25 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 93 orang setakat pukul 11.00 malam berbanding 45 orang petang tadi.

Kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Lipis dan Raub.

Menurut Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 28 keluarga kini berlindung di tiga buah PPS.

Di Lipis, seramai 48 orang daripada 15 keluarga ditempatkan di PPS Masjid Kampung Beletik dan 41 orang daripada 12 keluarga di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit.

Sementara di Raub, empat penduduk daripada satu keluarga berlindung di Balai Raya Kampung Tersang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....