Home Nasional Penduduk terjejas banjir di Kelantan, Terengganu meningkat
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Kelantan, Terengganu meningkat

Penduduk terjejas banjir di Kelantan, Terengganu meningkat

Banjir naik mendadak di Kelantan malam tadi/Foto Facebook APM

KUALA LUMPUR, 27 November – Penduduk terjejas banjir di empat negeri meningkat kepada 3,476 daripada 1,053 keluarga, setakat jam 9.30 pagi ini.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebanyak 76 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu, Johor dan Sarawak.

Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas dengan 3,136 penduduk daripada 942 keluarga daripada sembilan daerah berlindung di 51 PPS.

Daerah Pasir Puteh merekodkan paling ramai penduduk terjejas iaitu 888 orang.

Daerah lain dinaiki air, Jeli, Bachok, Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Tumpat dan Kota Bharu.

Banjir di Terengganu turut merekodkan pertambahan penduduk terjejas seramai 298 orang daripada 100 keluarga ditempatkan di 22 PPS.

Hulu Terengganu daerah terbaharu dinaiki air dengan 21 penduduk daripada 11 keluarga ditempatkan di 5 PPS. 2 PPS di buka di Setiu namun tiada penduduk terjejas direkodkan setakat ini.

Kawasan lain yang masih terjejas ialah di Marang dan Besut.

Bagi Johor pula, seramai 28 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Segamat.

Negeri terakhir ialah Sarawak dengan 18 orang daripada empat keluarga masih berlindung di PPS di Betong.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....