Home Nasional Penduduk terjejas banjir di Kelantan bertambah, Perak berkurang
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Kelantan bertambah, Perak berkurang

Penduduk terjejas banjir di Kelantan bertambah, Perak berkurang

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Januari- Penduduk terjejas banjir di Kelantan yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) menunjukkan sedikit meningkat, di Perak penduduk terjejas banjir sedikit berkurang manakala di Johor jumlah penduduk terjejas tidak berubah.

Di Kelantan, jumlah penduduk terjejas banjir meningkat kepada 38 orang daripada 10 keluarga setakat 11.00 malam.

Menerusi portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua penduduk terjajas dari daerah Pasir Mas ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh.

Sementara itu di Perak, penduduk terjejas banjir berkurang kepada 307 daripada 59 keluarga, berbanding 399 mangsa daripada 86 keluarga pagi tadi.

Kesemuanya masih berlindung di PPS Dewan Kampung Asli Chinggung di daerah Muallim.

Manakala di Johor, penduduk terjejas banjir tidak berubah iaitu 69 daripada 17 keluarga.

42 penduduk terjejas banjir ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gembut manakala 27 lagi berlindung di PPS Balai Raya Kampung Perpat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....