Home Nasional Penduduk terjejas banjir di Johor bertambah, Sabah berkurang
Nasional

Penduduk terjejas banjir di Johor bertambah, Sabah berkurang

Penduduk terjejas banjir di Johor bertambah, Sabah berkurang

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Seramai 1,853 orang daripada 504 keluarga terjejas banjir di Johor, setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Angka berkenaan meningkat berbanding 1,781 orang daripada 503 keluarga, setakat pukul 12.00 tengah malam tadi.

Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan bahawa 21 pusat pemindahan sementara (PPS) diaktifkan di lima daerah negeri berkenaan.

\”Johor Bahru menjadi daerah paling terjejas di negeri itu dengan mencatat 680 penduduk terjejas banjir daripada 152 keluarga. Mereka ditempatkan di enam PPS.

\”Ini diikuti Batu Pahat, 621 orang terjejas banjir, Pontian (410 orang), Kluang (74 orang) dan Kota Tinggi (68 orang),\” menurut kenyataan itu.

Sementara di Sabah, seramai 138 orang daripada 41 keluarga, ditempatkan di satu PPS negeri itu.

Angka berkenaan kekal, berbanding tengah malam tadi.

Ia hanya membabitkan daerah Beaufort.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...