Home Nasional Penduduk Pulau Pinang disaran kibar Jalur Gemilang
Nasional

Penduduk Pulau Pinang disaran kibar Jalur Gemilang

Penduduk Pulau Pinang disaran kibar Jalur Gemilang

Foto BERNAMA

BUTTERWORTH, 2 Ogos- Penduduk Pulau Pinang disaran mengibarkan Jalur Gemilang bersempena bulan kemerdekaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata ia melambangkan semangat kebangsaan dan patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kawasan awam di negeri itu akan turut diberi tumpuan dengan pemasangan Jalur Gemilang terutama di pasar raya, pasar basah dan kawasan premis lain.

\”Saya menyarankan semua penduduk Pulau Pinang untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, tempat bekerja, tempat awam dan di mana-mana sahaja.

\”Pengibaran Jalur Gemilang itu menunjukkan Pulau Pinang menyambut bulan kemerdekaan dan kibar Jalur Gemilang secara besar-besaran,\” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur GemilangPeringkat Negeri Pulau Pinang di sini.

Kon Yeow turut melepaskan konvoi kereta daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri serta pusat yang akan menyusuri Jambatan Sultan Abdul Halim sebelum menamatkan konvoi.

Di Pulau Pinang, sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Padang Kota Lama pada 31 Ogos.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...