Home Nasional Penduduk Kampung Alor Ali terjejas banjir termenung lebih sebulan
Nasional

Penduduk Kampung Alor Ali terjejas banjir termenung lebih sebulan

Penduduk Kampung Alor Ali terjejas banjir termenung lebih sebulan

Muhammad Nizam Fadilah (depan) memaklumkan penduduk Kampung Alor Ali telah terjejas banjir termenung lebih sebulan

PENDANG, 6 Oktober- Penduduk di Kampung Alor Ali dekat sini di Kedah menyifatkan banjir kali ini sebagai paling lama pernah melanda kawasan tersebut dan beberapa kampung berdekatan, dengan situasi banjir termenung yang menyebabkan mereka terjejas lebih sebulan.

Seorang penduduk, Muhammad Nizam Fadilah berkata banjir yang belum surut itu telah menjejaskan kehidupan mereka dengan kebanyakan barang rosak akibat ditenggelami air.

\”Kami dah terjejas lebih sebulan, habis barang rosak. Nak buat bendang pun tak boleh. Kami harap pihak berwajib dapat pantau keadaan dan buat apa yang patut seperti cuci sungai supaya air cepat surut,\” katanya ketika ditemui pemberita RTM di sini.

Muhammad Nizam turut menjelaskan kedudukan tali air yang rendah menghalang aliran air ke Sungai Pendang, menyebabkan air bertakung di kampung tersebut.

Justeru, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan dan mencari jalan penyelesaian yang menyeluruh.

Sementara itu, dalam kejadian semalam, kira-kira 20 rumah di kampung terbabit dilanda banjir selepas hujan lebat turun selama beberapa jam dari petang hingga malam tadi.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan tersebut.

Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Alor Ali, Ahmad Shukri Omar berkata hujan lebat menyebabkan paras air sungai meningkat mendadak sehingga melimpahi tebing mengakibatkan rumah-rumah di kawasan rendah berhampiran sungai dan sawah padi dimasuki air.

Air bertakung di kawasan sawah padi sejak banjir melanda beberapa kawasan di Kedah pada pertengahan September lalu turut menyumbang kepada keadaan banjir termenung yang berterusan di kampung itu.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...