Home Nasional Pendidikan wajib 11 tahun tingkatkan kualiti pembelajaran murid
Nasional

Pendidikan wajib 11 tahun tingkatkan kualiti pembelajaran murid

Pendidikan wajib 11 tahun tingkatkan kualiti pembelajaran murid

Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 14 Januari – Usaha Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan pendidikan wajib 11 tahun memberi peluang untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid selaras dengan Akta Pendidikan 1996.

Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM), Dr. Anuar Ahmad menyifatkan langkah tersebut merupakan usaha yang baik dan perlu mendapat sokongan masyarakat, terutama ibu bapa.

“Usaha yang diambil oleh KPM ini adalah satu usaha yang baik yang harus diberikan sokongan oleh masyarakat, khususnya ibu bapa.

\”Pendidikan wajib 11 tahun akan memberi peluang kepada anak-anak kita untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik dan berkualiti dalam jangka masa yang lebih panjang, demi memastikan mereka mempunyai pengalaman pembelajaran yang lebih banyak berbanding pendidikan wajib enam tahun,” katanya kepada RTM.

Sementara itu, pakar Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Madya Dr. Abdul Halim Abdullah mencadangkan kajian mendalam dan pelaksanaan berfasa bagi memastikan keberkesanan dasar tersebut.

“Kita sedia maklum bahawa murid di sekolah datang dari pelbagai latar belakang. Ekosistem sekolah memainkan peranan dalam membentuk kesedaran dan sikap mereka terhadap pendidikan.

\”Ibu bapa, guru, rakan sebaya, serta infrastruktur sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk sikap murid terhadap pendidikan dan peranan mereka dalam mengubah kehidupan,” jelas Dr. Abdul Halim.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....