Home Nasional Pendidikan pembangunan mampan wajar diperkenal diperingkat sekolah – Zaliha
Nasional

Pendidikan pembangunan mampan wajar diperkenal diperingkat sekolah – Zaliha

Pendidikan pembangunan mampan wajar diperkenal diperingkat sekolah – Zaliha

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pendidikan berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) wajar diperkenal diperingkat sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berpandangan inisiatif itu boleh diwujudkan menerusi pendidikan formal atau tidak formal.

Beliau berkata ia bakal memberi pendedahan kepada golongan muda dalam aspek kelestarian alam sekitar dan kesihatan masyarakat, sekali gus memastikan pembangunan negara dan ekosistem alam dapat diseimbangkan.

\”SDG ini haruslah dibentuk dari usia kanak-kanak. Kita juga boleh bekerjasama dengan KPM untuk memastikan subjek SDG boleh dijadikan subjek formal atau tidak formal dimana akhirnya anak-anak boleh mengetahui bukan hanya datang ke pusat-pusat tertentu tetapi di sekolah pun boleh mengetahuinya.

\”Kita boleh adakan perbincangan terus dengan KPM, dengan menteri sebab saya sering berbincang tentang hal ini tetapi tidak secara formal…mungkin selepas ini kita akan bincang secara lebih formal, lebih fokus dan menjurus,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi turun padang ke tapak cadangan Pusat SDG, Bangunan Kuala Lumpur City Gallery (KLCG), di sini.

Bangunan KLCG iaitu Bangunan Pustaka Peringatan Kuala Lumpur dicadangkan sebagai lokasi baharu bagi Pusat SDG Kuala Lumpur dalam usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melebarkan lagi fungsi dan ruang Pusat SDG yang sedia ada.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...