Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Pencemaran Sungai Kelaik: Dua syarikat perlombongan diarah henti tugas
Nasional

Pencemaran Sungai Kelaik: Dua syarikat perlombongan diarah henti tugas

Pencemaran Sungai Kelaik: Dua syarikat perlombongan diarah henti tugas

Nik Nazmi Nik Ahmad / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Dua syarikat perlombongan yang dikhuatiri menyebabkan pencemaran di Sungai Kelaik, Gua Musang, Kelantan telah diarah menghentikan kerja perlombongan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keputusan dibuat berdasarkan siasatan yang dijalankan Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap pematuhan kedua-dua syarikat berkenaan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

\”Hasil siasatan mendapati Syarikat Aqua Orion Sdn Bhd telah menjalankan aktiviti tanpa mendapat kelulusan di bawah subseksyen 34A(3). Kertas siasatan akan dibuka dengan segera di bawah subseksyen 34A(6).

\”Manakala bagi Syarikat Perlombongan Gua Musang Sdn Bhd (Redstar Capital Sdn Bhd), hasil siasatan mendapati premis tidak beroperasi di mana tiada sebarang kerja-kerja mengorek bijih besi atau memproses bijih besi dijalankan.

\”Tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Akta 127 sekiranya didapati penggerak projek gagal mematuhi mana-mana syarat kelulusan Laporan EIA bagi memastikan pelaksanaan projek dapat mengurangkan dan meminimakan kesan kepada reseptor sensitif alam sekitar.

\”JAS juga akan mengemukakan surat kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan supaya PTG Negeri Kelantan menangguhkan kelulusan pembaharuan lesen melombong kepada pihak Syarikat Aqua Orion Sdn Bhd sehingga Laporan EIA dikemukakan untuk penilaian dan kelulusan,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan di tapak projek dan sebarang ketidakpatuhan di bawah Akta 127 akan diambil tindakan perundangan yang tegas.

Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah berhadapan dengan hukuman penjara mandatori selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM100,000 dan tidak melebihi RM1 juta.

Related Articles

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan
Nasional

Kanak-kanak maut, motosikal dinaiki empat beranak terbabit kemalangan

FOTO FAIL BATU PAHAT, 22 Disember – Seorang kanak-kanak perempuan maut, selepas...

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti
Nasional

Aspirasi Prihatin Malaysia laksana program kebajikan bersama komuniti

Muhammad Rizal Zainudin (tengah) pada Majlis Makan Malam Aspirasi dan Joggers 2024...

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF
Nasional

Mai derma darah, "Be A Hero" bantu HTF

Program Mai Derma Darah"Be A Hero" mendapat sambutan yang menggalakkanKANGAR, 22 Disember-...

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan
Nasional

Polis mohon bantuan kesan Yap Xin Yuan

FOTO IPD KAJANGKUALA LUMPUR, 22 Disember- Polis memohon bantuan orang ramai bagi...