Home Nasional Pencarian Ahmad Zulhilmi menyusuri sepanjang Sungai Perak
Nasional

Pencarian Ahmad Zulhilmi menyusuri sepanjang Sungai Perak

Pencarian Ahmad Zulhilmi menyusuri sepanjang Sungai Perak

Tangkap layar kenyataan Facebook Tentera Darat Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Disember- Usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi anggota tentera yang masih hilang Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi masih diteruskan.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan mengesahkan kehilangan dua anggotanya ketika melaksanakan Operasi KOTA, ECHO, FOXTROT Siri 6/2024 di Banding, Perak.

\”Kejadian berlaku pada 30 November sekitar pukul 8.00 pagi, satu laporan telah diterima memaklumkan bahawa terdapat sembilan anggota dipercayai dibawa arus dalam kejadian Kepala Air semasa melaksanakan rondaan berhampiran Sungai Merah di Permatang sempadan Malaysia-Thailand.

\”Dalam kejadian tersebut dua anggota didapati hilang iaitu Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin, merupakan anggota dari pasukan 21 Komando, Kem Sungai Udang, Melaka.

\”…dan Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi, adalah anggota dari pasukan 22 Komando, Kem Iskandar Mersing manakala tujuh lagi anggota ditemui selamat sekitar pukul 12.30 tengah hari pada hari yang sama,\” menurut kenyataan itu.

Namun pada 1 Disember kira-kira pukul 6.00 petang Pasukan SAR menemukan Mohd Afandi di tepi sungai kira-kira tiga kilometer dari kedudukan Markas Trup dan disahkan meninggal dunia.

Jenazah Mohd Afandi diterbangkan ke kampug Jamerong dan dikebumikan di TanahPerkuburan Jamerong pada pukul 8.45 malam (3 Disember).

Sementara itu usaha pencarian Ahmad Zulhilmi masih diteruskan oleh tujuk pasukan SAR terdiri daripada lima pegawai dan 112 anggota lain-lain pangkat dari pasukan 2 Rejimen Renjer Diraja (RRD), 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 22 Komando bermula dari tempat kejadian menyusuri sepanjang Sungai Perak.

Pada masa sama Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Datuk Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh warga TDM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Mohd Afandi.

\”Semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang beriman,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....