Home Nasional Pemuda berusia 31 tahun dikhuatiri lemas
Nasional

Pemuda berusia 31 tahun dikhuatiri lemas

Pemuda berusia 31 tahun dikhuatiri lemas

Foto JBPM Kedah

KULIM, 13 Oktober- Seorang pemuda berusia 31 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi kawasan perkelahan Sedim, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim High Tech Park Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.41 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) kemudian kemudian mengarahkan jentera Fire Rescue Tender (FRT) (K1-23) ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba di lokasi, pegawai operasi memaklumkan terdapat lelaki dipercayai lemas semasa mandi di kawasan berkenaan.

\”Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan pemeriksaan di sekeliling kawasan air terjun dan pencarian di lokasi dengan menggunakan tali bantuan tambahan.

\”…serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikerah ke lokasi kejadian,\” katanya.

Mangsa bersama-sama rakan-rakannya dari Pulau Pinang ke lokasi kejadian untuk beriadah.

\”Cuaca baik ketika kejadian, cuma air agak deras sebab hujan di hulu sebelum,\” katanya lagi.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...