Home Nasional Pemilihan PKR: Fahmi umum bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat
Nasional

Pemilihan PKR: Fahmi umum bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat

Pemilihan PKR: Fahmi umum bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 13 April – Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil, mengesahkan untuk bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual berlangsung Mei ini.

“Saya telah mengunjungi beberapa negeri dan berbincang dengan ramai pemimpin. Setelah meneliti keperluan dan mempertimbangkannya secara mendalam, saya membuat keputusan…bahawa saya akan bertanding jawatan MPP. Tujuannya adalah untuk memperkukuh parti dan memberi nafas baharu kepada kepimpinan MPP.

“Insya-Allah, saya akan berusaha bersama rakan-rakan untuk menjalankan kempen secara sihat dan menzahirkan satu bentuk kepimpinan yang baharu. Ini penting kerana kepimpinan inilah yang akan membawa parti, bersama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, menuju Pilihan Raya Umum ke-16,” katanya.

Menteri Komunikasi itu berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Lembah Pantai di sini, malam tadi.

Pemilihan PKR bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang telah bermula 11 April dan akan berlangsung sehingga 20 April.

Sementara itu, pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP), dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) dijadualkan pada 24 Mei ini. – BERNAMA

Related Articles

Sarawak struktur semula Sacofa tingkat keupayaan telekomunikasi
Nasional

Sarawak struktur semula Sacofa tingkat keupayaan telekomunikasi

Datuk Seri Julaihi Narawi ditemui media selepas menerima kunjungan Aidilfitri daripada Premier...

7,000 dos vaksin Influenza untuk warga emas di Negeri Sembilan
Nasional

7,000 dos vaksin Influenza untuk warga emas di Negeri Sembilan

Foto BERNAMASEREMBAN, 14 April-Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) menerima peruntukan 7,000...

SOP baharu kenderaan perdagangan diperkenal mulai Mei
Nasional

SOP baharu kenderaan perdagangan diperkenal mulai Mei

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly RamliKUALA TERENGGANU, 14 April – Jabatan...

Memperkukuh jati diri belia melalui Kursus Kenegaraan MADANI dan Kepimpinan Belia
Nasional

Memperkukuh jati diri belia melalui Kursus Kenegaraan MADANI dan Kepimpinan Belia

Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI dan Kepimpinan Belia disertai 58 orang belia dari...