Home Nasional Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap dasar pemerkasaan bumiputera ke arah meningkatkan mobiliti sosial.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertanggungjawab mengekalkan usaha berterusan bagi mencapai matlamat itu.

Perkara tersebut termasuk membuka peluang pendidikan dan kemahiran kepada golongan itu sekali gus, meningkatkan kedudukan dalam masyarakat.

\”Kejayaan dasar bumiputera terutama melalui MARA adalah yang disebut mobiliti sosial yang ketara. Anak-anak dari kelompok miskin dari desa dan pedalaman diberi peluang dan meningkatkan kedudukan mereka melalui pendidikan.

\”Mobiliti sosial ini harus difahami oleh semua rakyat Malaysia. Tanpa dasar bumiputera dan MARA kita akan lihat umpamanya kecundang masyarakat Melayu, tidak dapat meningkatkan kedudukan mereka melalui mobiliti sosial jelas.

\”Apa pun pandangan setiap rakyat, jangan kita mendustai dan memungkiri kenyataan sejarah bahawa melalui dasar ekonomi bumiputera boleh mengangkat peluang dan memberikan kedudukan lebih lumayan sebagai profesional, juruteknik kemahiran yang sebelumnya itu tidak diperolehi oleh masyarakat Melayu,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Peluncuran Wakaf Mara Madani Sempena Hari Mara ke-59 di ibu negara.

Menurut Perdana Menteri MARA selaku agensi bertanggungjwab kekal mempamerkan usaha berterusan dalam memastikan masyarakat luar bandar terus terbela.

Dalam pada itu beliau mahu dana amanah diurus dengan sebaiknya dan bertanggungjawab.

Perdana Menteri menegaskan ia merupakan langkah penting dalam memulihkan maruah dan martabat bangsa sekali gus mengangkat ekonomi bumiputera ke tahap yang lebih tinggi.

\”Dalam cara kita mengurus dana, kita memulihkan keyakinan pada diri dan pada masyarakat. Bagaimana setiap sen dana amanah itu dikendali dengan penuh bertanggungjawab bukan sahaja kepada badan yang kita wakili, amanah MARA tetapi kepada Allah.

\”Ramadan juga menuntut kita meningkatkan makna ihsan kemanusiaan, keprihatinan. Ada kaitan dengan mara bentuk kerana kita bernasib baik dalam simpang siur politik dan kecamuk tidak menentu, masih ada pimpinan berwibawa mempunyai wawasan melihat dan menyelamatkan anak bangsa,\” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Malaysia kekal komited memperkukuh peranan ASEAN dalam hal ehwal global, memperdalam perkongsian strategik dan memperkukuh kerjasama serantau, di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik.

Perdana Menteri menerusi penulisan beliau dalam ulasan bertajuk \”The Global South’s Path to Economic Resilience\” yang diterbitkan di laman sesawang Project Syndicate beliau tidak mahu kemerosotan multilateralisme serta peningkatan ketidakpercayaan dalam hubungan antarabangsa diterima sebagai kebiasaan baharu.

Sebaliknya, beliau menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Bagi negara seperti Malaysia dan anggota ASEAN lain, kemerosotan kerjasama pelbagai hala serta peningkatan rasa sangsi mewakili satu kenormalan baharu yang berbahaya.

Beliau menegaskan bahawa ASEAN, blok yang merangkumi hampir 690 juta penduduk, perlu memainkan peranan aktif dalam membentuk dasar global dan tidak sekadar menerima keputusan yang dibuat oleh pihak lain selainkekal teguh dalam matlamat dan bertindak dengan penuh yakin.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...