Home Nasional Pemergian Khairul Azli kehilangan besar kepada dunia penyiaran – TPM
Nasional

Pemergian Khairul Azli kehilangan besar kepada dunia penyiaran – TPM

Pemergian Khairul Azli kehilangan besar kepada dunia penyiaran – TPM

Khairul Azli Rahim, 45 tahun menghembuskan nafas terakhir pada 5.16 petang akibat pendarahan otak

KUALA LUMPUR, 28 November – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Khairul Azli Rahim, Penolong Pengarah Seksyen Perhubungan Antarabangsa, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), yang disifatkan sebagai kehilangan besar kepada dunia penyiaran negara.

Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata, secara peribadi beliau mengenali Allahyarham kerana mereka pernah menjalankan tugasan bersama.

“Saya turut merasa sedih atas berita pemergian ini, kerana saya mengenali Allahyarham ketika kami bersama menjalankan tugasan.

“Allahyarham yang pernah bertugas di Bilik Berita TV sebagai wartawan dan editor, dikenali sebagai seorang yang berdedikasi, komited dan amat disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya,” kata beliau.

Beliau turut mendoakan agar keluarga dan sahabat handai Allahyarham dikurniakan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian berat ini.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.

\”Legasi kerja keras dan keikhlasan Allahyarham akan terus dikenang selamanya,\” katanya.

Khairul Azli Rahim, 45 tahun menghembuskan nafas terakhir beliau di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 5.16 petang semalam, akibat pendarahan otak,selepas dimasukkan ke hospital pada Isnin.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kampung halaman di Pendang, Kedah bagi urusan pengebumian.

Allahyarham pernah berkhidmat di Bilik Berita RTM sebagai wartawan, penerbit dan penyunting berita TV lebih 18 tahun.

Sebelum bertukar ke Seksyen Perhubungan Antarabangsa sebagai Ketua Meja Perhubungan ASEAN.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....