Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Pemerbadanan Jabatan Insolvensi, kerajaan laksana kajian kebolehlaksanaan cadangan
Nasional

Pemerbadanan Jabatan Insolvensi, kerajaan laksana kajian kebolehlaksanaan cadangan

Pemerbadanan Jabatan Insolvensi, kerajaan laksana kajian kebolehlaksanaan cadangan

Datuk Seri Azalina Othman Said

PUTRAJAYA, 25 Julai – Kerajaan akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) selaras dengan konsep \’Global Best Practices\’, dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kajian akan mengambil kira pandangan pakar insolvensi rentas sempadan, selain pakar dalam dan luar negara, termasuk rakyat umum.

“Oleh itu sebagai satu hala tuju baharu, MdI akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk cadangan pemerbadanan MdI selaras dengan amalan global terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan 100 tahun dan Hala Tuju Baharu MdI, di sini.

Tambah Azalina, usaha tersebut secara tidak langsung menggalakkan pengaliran wang dan pertumbuhan ekonomi, sekali gus menarik pelaburan kewangan dan perdagangan antarabangsa ke Malaysia.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...