Home Nasional Pembunuhan Ismail Haniyeh, zionis bacul – Mufti P. Pinang
Nasional

Pembunuhan Ismail Haniyeh, zionis bacul – Mufti P. Pinang

Pembunuhan Ismail Haniyeh, zionis bacul – Mufti P. Pinang

Mufti Pulau Pinang, Profesor. Madya Datuk Dr. Mohd Sukki Othman

GEORGE TOWN, 2 Ogos– Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan bacul rejim zionis yang melakukan pembunuhan, terhadap pemimpin dan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, kelmarin.

Dalam hantaran pesanan media sosial kepada RTM, Mufti Pulau Pinang, Profesor. Madya Datuk Dr. Mohd Sukki Othman menyeru umat Islam agar terus berdoa kepada Allah SWT agar memberikan pertolongan dan kemenangan kepada rakyat Palestin seterusnya cita-cita menyaksikan Masjidil Aqsa dapat dibebaskan daripada cengkaman zionis.

\”Kita tahu dengan pemergian Ismail Haniyeh, ia tidak akan mematikan semangat perjuangan umat islam terhadap isu Palestin.\”

\”Zionis menganggap dengan membunuh satu tokoh dalam perjuangan Hamas untuk membebaskan Palestin ia akan terbantut, tetapi sebaliknya lebih ramai lagi \’Ismail Haniyeh\’ yang akan wujud untuk memperjuangkan Palestin kerana bagi umat Islam perjuangan isu tersebut merupakan isu akidah,\” katanya.

Beliau menambah, kekejaman rejim zionis bukan setakat disaksikan umat Islam di Palestin, malah masyarakat dunia dengan menyifatkannya sebagai kekejaman di luar batas kemanusiaan.

\”Mereka melakukan apa sahaja termasuk pembunuhan, kerosakan sebuah negara dan mereka merampas kedaulatan negara serta menjadikan seperti milik mereka.

\”Ini membuatkan dunia mula membuka mata termasuk bukan Islam untuk melihat betapa kekejaman zionis ini merupakan kekejaman yang sangat luar biasa pada zaman ini.

\”Ia jugak akan meniup semangat yang lebih berkobar-kobar dalam kalangan umat Islam untuk menentang kezaliman yang dilakukan rejim zionis ini,\” katanya ketika dihubungi RTM.

31 Julai lalu, dunia dikejutkan dengan berita kematian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh akibat serangan udara di Iran.

Haniyeh berangkat ke Tehran bagi menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Masoud Pezeshkian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....