Home Nasional Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu
Nasional

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu

Pembukaan dua pusat NADI Baharu di Johor lengkapkan 101 NADI di negeri itu

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching

KULAI, 22 Mac – Dua buah lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Johor akan dibuka penghujung, bulan ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, ia melibatkan lokasi di Parlimen Sri Gading iaitu Kampung Bukit Sri Wangi, Batu Pahat dan DUN Larkin di Kebun Teh, Johor Bahru.

Katanya, pembukaan kedua-dua Pusat NADI itu, sekali gus melengkapkan 101 NADI di Johor, selaras dengan inisiatif 1 DUN 1 NADI.

\”Kita memang amat menggalakkan penduduk sekitar datang dan menikmati kemudahan yang telah disediakan NADI. Untuk setiap NADI kami sekurangnya ada 20 unit komputer riba yang boleh diguna pakai.

\”Ia sama ada kita nak adakan e-kelas atau NADI berhasrat untuk melatih e-usahawan. Ini juga merupakan salah satu inisiatif bawah NADI dimana kita nak bantu bagi meningkatkan pendapatan isi rumah tangga,\” kata Teo Nie Ching ketika ditemui pemberita padaMajlis Perasmian Nadi Bandar Senai, di sini.

Kira-kira 4,00 usahawan bakal menerima manfaat menerusi latihan yang dibekalkan dengan setiap pusat akan memilih lapan usahawan untuk dilatih.

Daripada lapan usahawan, empat daripadanya akan dipilih menjadi Ikon NADI dan seterusnya dua peserta yang memperoleh prestasi paling tinggi akan dihantar untuk menerima latihan lebih lanjut.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...