Home Nasional Pembuangan sampah, tahap kesedaran masyarakat masih rendah – JAS
Nasional

Pembuangan sampah, tahap kesedaran masyarakat masih rendah – JAS

Pembuangan sampah, tahap kesedaran masyarakat masih rendah – JAS

Foto RTM

TANJUNG DAWAI, 17 November– Tahap kesedaran orang ramai ketika berkunjung ke kawasan rekreasi untuk beriadah, masih rendah.

Perkara itu dibuktikan melalui kutipan hampir 1 tan metrik sisa plastik, kebanyakannya adalah botol plastik dan polisterin bekas makanan di kawasan persisiran Pantai Rhu di Tanjung Dawai, Kedah.

Jumlah itu hasil aktiviti kutip sampah sambil riadah (KUDAH) menerusi Program Jalinan Kerjasama Pembersihan Pantai antara Kolej Tentera Udara, Alor Setar dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata program bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya pencemaran plastik terhadap kesihatan manusia dan kepentingan untuk menjaga kebersihan pantai yang indah dalam usaha menyemai gaya hidup lestari.

Taklimat program pembersihan pantai serta larangan pembakaran terbuka juga telah disampaikan kepada para peserta dan orang ramai.

Beliau berkata semua pihak mempunyai tanggungjawab moral untuk melindungi alam sekitar serta menjaga kesihatan dan kesejahteraan generasi masa depan.

\”Dengan meningkatkan kesedaran, menyokong perubahan dan mengamalkan gaya hidup yang lestari, semua pihak boleh bekerjasama untuk memerangi krisis pencemaran plastik dan aktiviti pembakaran terbuka dan mencipta dunia yang lebih bersih dan sihat untuk semua,\” kata Sharifah Zakiah.

Katanya, aktiviti itu selaras tema jabatan iaitu \”Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama\”, program kerjasama strategik yang sangat bertepatan dalam meningkatkan kelestarian alam khususnya di kawasan pantai.

\”Saya berharap program seumpama ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai pentingnya pengurusan sampah yang teratur,\” tambahnya.

Program tersebut disertai seramai 200 orang sukarelawan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) dan pegawai-pegawai JAS Kedah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....