Home Nasional Pemberian insentif kepada pengeluar gula tempatan diteruskan – Kementerian Kewangan
Nasional

Pemberian insentif kepada pengeluar gula tempatan diteruskan – Kementerian Kewangan

Pemberian insentif kepada pengeluar gula tempatan diteruskan – Kementerian Kewangan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Pemberian insentif kepada pengeluar gula tempatan diteruskan buat sementara waktu sehingga kerajaan memuktamadkan mekanisme harga baharu gula putih bertapis, kata Kementerian Kewangan.

Kementerian itu berkata pemberian insentif itu telah bermula pada November 2023, namun ia tidak bersifat kekal atau bantuan dalam jangka masa yang panjang.

“Pemberian insentif ini adalah sementara bagi memastikan bekalan stabil dan berterusan khususnya kepada pengguna domestik (isi rumah dan pengusaha mikro) sehingga kerajaan memuktamadkan mekanisme harga baharu gula putih bertapis,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Isnin.

Kementerian Kewangan berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang meminta penjelasan berkenaan insentif kewangan sebanyak RM42 juta sebulan kepada semua pengilang gula di Malaysia mulai November 2023 dan sejauh manakah insentif kewangan itu akan diteruskan atau dipertimbangkan kerajaan untuk dimansuhkan dalam Belanjawan 2025.

Pada tahun 2023, bagi membantu mengurangkan beban kepada pengeluar gula tempatan, kementerian telah meluluskan kuota kelulusan permit (AP) import sebanyak 557,080 tan kepada 43 syarikat yang layak.

Bagaimanapun, hanya 41,596 tan atau 7.47 peratus yang telah diimport berikutan harga gula putih bertapis dalam pasaran antarabangsa masih kekal tinggi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....