Home Nasional Pembelian Boeing patuh prosedur, tiada kepentingan peribadi
Nasional

Pembelian Boeing patuh prosedur, tiada kepentingan peribadi

Pembelian Boeing patuh prosedur, tiada kepentingan peribadi

Pesawat MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang /Foto fail REUTERS

PADANG RENGAS, 25 Mac – Pembelian 30 pesawat baru Malaysia Airlines (MAS) daripada Boeingdibuat mengikut prosedur sedia ada dan tidak melibatkan sebarang kepentingan tertentu, tegas Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Beliau berkata, proses perolehan pesawat komersial bukan sesuatu yang baharu dan telah dilaksanakan sejak dahulu mengikut dasar dan pendekatan sedia ada syarikat penerbangan negara.

\”Proses beli kapal terbang ini prosesnya lama, bertahun-tahun… perlu diselaraskan dan dipersetujui beberapa terma serta harga.

\”Cuma baru-baru ini sahaja dipersetujui oleh semua pihak dan kita tandatangani. Sebelum-sebelum ini pun kita beli Boeing, apa masalahnya? Itu memang dasar dan pendekatan yang diguna MAS sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Iftar Perdana dan Penyerahan Sumbangan Kasih Madani Aidilfitri Parlimen Padang Rengas malam tadi.

Kenyataan itu sebagai mengulas dakwaan Presiden Gerakan, Dominic Lau, yang mengaitkan pembelian pesawat berkenaan kononnya sebagai pertukaran untuk membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertemu dengan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Dalam pada itu, Muhammad Kamil turut mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM200,000 daripada Pejabat Perdana Menteri telah disalurkan kepada 1,000 penerima di Parlimen Padang Rengas, sebagai bantuan sempena sambutan Aidilfitri.

Katanya, bantuan itu diharap dapat meringankan beban golongan asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan.

Related Articles

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran
Nasional

JPJ Kedah sita lori disyaki seludup diesel ke negara jiran

FOTO JPJ KEDAHTUNJANG, 10 April- Sebuah lori yang dipercayai terlibat dalam aktiviti...

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang
Nasional

Angka korban rakyat Palestin meningkat lebih 50,000 orang

Serangan terbaharu Israel di Shujaiyya, Bandar Gaza/ AFPGAZA, 10 April– Kementerian Kesihatan...

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan
Nasional

Lawatan kerja: Mohamad Alamin ke Turkiye, Azerbaijan

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin PUTRAJAYA, 10 April – Timbalan...

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas
Nasional

Banjir Johor: 96 keluarga masih terjejas

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 10 April- Seramai 290 orang daripada 96 keluarga terjejas...