Home Nasional Pembangunan Lexis Hibiscus 2: 40 keluarga nelayan terima pampasan RM1,000 setiap bulan sehingga Jun 2029
Nasional

Pembangunan Lexis Hibiscus 2: 40 keluarga nelayan terima pampasan RM1,000 setiap bulan sehingga Jun 2029

Pembangunan Lexis Hibiscus 2: 40 keluarga nelayan terima pampasan RM1,000 setiap bulan sehingga Jun 2029

Datuk Seri Aminuddin Harun ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Projek Pembangunan Lexis Hibiscus 2, di Pekan Sungai Menyala, Port Dickson

PORT DICKSON, 26 Julai- Seramai 40 buah keluarga nelayan di kawasan Pasir Panjang, Port Dickson, menerima pampasan sebanyak RM1,000 setiap bulan sepanjang pembinaan Projek pembangunan Lexis Hibiscus 2 yang bermula Jun lalu sehingga Jun 2029.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pemberian pampasan tersebut telah dimulakan sejak Jun lalu dan senari nama penerima telah dikenal pasti oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta persatuan nelayan.

\”Apa yang menarik bukan setakat bayar RM1,000 itu tetapi bantuan anak sekolah untuk nelayan itu pun ada jadi ini antara yang kita tekankan ketika perjanjian itu ditandatangani.

\”Kita tidak mahu ada pihak yang hanya melihat pembangunan dan mereka terkesan dengan teruk,\”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian dan Pecah Tanah Projek Pembangunan Lexis Hibiscus 2, di Pekan Sungai Menyala, Port Dickson.

Pembangunan Lexis Hibiscus 2 dibangunkan bersebelahan dengan resort yang sedia adadengan keluasan lebih kurang 80 ekar dan tempoh pelaksanaan projek ini akan mengambil masa selama lima tahun bermula pada Jun 2024 sehingga Jun 2029.

Projek tersebut dianggarkan menelan belanja sebanyakRM1.6 bilion dengan komponen binaan bilik penginapan sebanyak 1,710 buahunit melibatkan910 buahunit \’water homes\’ dan 800 buah unit \’hotel suites\’.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...