Wednesday , 5 February 2025
Home Nasional Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan
Nasional

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan

Tan Sri Abang Johari Tun Openg/ Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak

KUCHING, 2 Oktober- Pembangunan bakat anak Sarawak penting untuk mendukung hasrat kerajaan untuk menjadi pemain global dalam ekonomi baharu menjelang 2030.

Justeru pendidikan di negeri itu perlu bergerak seiring dengan polisi kerajaan negeri untuk membangunkan bakat ke arah misi ekonomi global.

Menyokong hasrat berkenaan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan perasmian Fakulti Aeroangkasa dan setelit, Kolej Universiti i-CATS pada minggu hadapan.

\”Tenaga pengajar sudah dikenal pasti dan pihak universiti akan bekerjasama dengan Amerika Syarikat, United Kingdom dan China berkaitan disiplin tersebut.

\”Ia merupakan antara disiplin yang difokuskan kerajaan negeri dalam menyediakan pendidikan percuma menjelang 2026 sebagai industri yang dijana oleh teknologi canggih ke arah ekonomi digital,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya semasa Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-40 Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina di Bahagian Kuching, Samarahan, dan Serian di sini.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...