Home Nasional Pemasangan lampu solar di Pos Belatim dalam perancangan JAKOA
Nasional

Pemasangan lampu solar di Pos Belatim dalam perancangan JAKOA

Pemasangan lampu solar di Pos Belatim dalam perancangan JAKOA

JAKOA

GUA MUSANG, 2 Mac- Pemasangan lampu solar di penempatan orang asli di Kampung Sempadik, Pos Belatim, di sini, Kelantan telah dimasukkan dalam perancangan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Alternatif dan dijangka dilaksanakan tahun depan.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memaklumkan projek itu melibatkan sistem solar hibrid bagi kampung yang masih belum menerima bekalan elektrik grid.

\”Permohonan untuk projek ini telah dikemukakan dalam Rancangan Pertama (RP1) bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dan dijangka dilaksanakan pada tahun 2026,\” menurut kenyataan hari ini.

Sebagai langkah segera, JAKOA sedang mengenal pasti lokasi yang memerlukan penyelesaian sementara melalui pemasangan lampu solar dengan kerjasama agensi berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut JAKOA, usaha itu bertujuan memastikan kampung yang terkesan dapat menikmati pencahayaan asas sebelum pelaksanaan projek utama dan menegaskan komitmen pihaknya dalam mencari penyelesaian terbaik demi kesejahteraan serta kebajikan masyarakat orang asli.

\”JAKOA sentiasa komited untuk memastkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat orang asli khususnya mereka di kawasan pedalaman terus diberi perhatian,\” menurut kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan komuniti orang asli suku Temiar di Pos Belatim dan Pos Balar berharap bilangan lampu solar dapat ditambah bagi meningkatkan keselamatan dan menerangi kawasan rumah pada waktu malam.

Penduduk menyatakan mereka masih bergantung kepada cahaya lilin serta lampu solar kerana ketiadaan bekalan elektrik. Selain tambahan lampu solar, penduduk turut berharap lampu penghalau gajah dapat disediakan bagimengurangkan ancaman gajah liar pada waktu malam.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...