Home Nasional Pemansuhan UPSR, PT3 bukan punca keciciran pelajar – Kah Woh
Nasional

Pemansuhan UPSR, PT3 bukan punca keciciran pelajar – Kah Woh

Pemansuhan UPSR, PT3 bukan punca keciciran pelajar – Kah Woh

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR, 24 Julai- Pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bukan punca keciciran pelajar di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata ini kerana pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang menggantikan peperiksaan itu dianggap peluang membangunkan potensi murid secara menyeluruh dan berterusan di sekolah.

\”Pentaksiran ini bukan sahaja prestasi anak-anak kita semasa menduduki peperiksaan ataupun ujian.. tetapi anak-anak ditaksir atau dinilai berkenaan dengan nilai-nilai yang lain iaitu sama ada karakter mereka di dalam bilik darjah dan juga penglibatan anak-anak kita dalam bilik darjah. Itu merupakan salah satu hala tuju kita,\” katanya ketika menjawab soalan Senator, Datuk Mustafa Musa di Dewan Negara di sini.

Selain itu, pihak sekolah turut melaksanakan beberapa garis panduan bagi menangani murid berisiko cicir di sekolah.

Ini termasuk Modul Serlahkan Keunggulan Diri serta tindakan intervensi terhadap pelajar berkenaan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....