Home Nasional Pemandu treler, pemilik syarikat berdepan tindakan tegas-Loke
Nasional

Pemandu treler, pemilik syarikat berdepan tindakan tegas-Loke

Pemandu treler, pemilik syarikat berdepan tindakan tegas-Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke/Foto BERNAMA

SEREMBAN, 4 Ogos-Pemandu treler dan pemilik syarikat berdepan tindakan tegas susulan rempuhan yang berlaku di sebuah rumah di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin,Pahang sehingga menyebabkan kematian dua beradik, semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengambil tindakan pendakwaan terhadap pemilik syarikat.

Penguatkuasaan juga akan dilakukan secara berterusan serta rondaan sepanjang waktu.

\”Berkali-kali kita nyatakan bahawa syarikat ada tanggungjawab untuk pastikan pemandu bebas daripada pengaruh dadah dan sebagainya.

\”Jadi, tindakan tegas akan diambil untuk hantar mesej dan isyarat kepada semua pihak dan perkara ini kita memerlukan tindakan penguatkuasaan yang berterusan dan saya telah arahkan JPJ supaya jangan berhenti adakan penguatkuasaan secara bersepadu dan perlu diadakan sepanjang masa bukan bermusim\”, katanya demikian kepada pemberita selepas majlis Hi Tea bersama pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 Negeri Sembilan di sini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pemandu treler telah merempuh sebuah rumah sehingga menyebabkan dua beradik meninggal dunia di Kilometer 5, Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir telah direman empat hari.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zain dilaporkan berkata, Perintah reman ke atas pemandu berusia 40 tahun itu dikeluarkan Majistret Melody Woon Sze Mun, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....