Home Nasional Pemandu treler maut tersepit dalam kemalangan lima kenderaan
Nasional

Pemandu treler maut tersepit dalam kemalangan lima kenderaan

Pemandu treler maut tersepit dalam kemalangan lima kenderaan

FOTO JBPM PERAK

GOPENG, 15 Ogos- Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan membabitkan tiga buah treler, sebuah lori satu tan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 301.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Gopeng, Perak, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan mengenai kejadian yang melibatkan tujuh orang mangsa itu pada pukul 2.37 pagi.

Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Zulkafli Hamad digerakkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, bomba mendapati seorang mangsa di salah sebuah treler tersepit di bahagian pemandu dan operasi berjaya mengeluarkan mangsa.

Namun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara enam lagi mangsa terselamat termasuk tiga mengalami kecederaan ringan yang merupakan pemandu dan penumpang kenderaan MPV.

Kesemua mangsa cedera diserahkan kepada petugas KKM yang berada di tempat kejadian, manakala mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 5.14 pagi.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit
Nasional

Banjir: Sarawak beransur pulih, Sabah meningkat sedikit

Foto arkib RTM: Pandangan melalui udara situasi banjir di Sabah baru-baru iniKUALA...