Home Nasional Pemandu lori maut rempuh belakang treler
Nasional

Pemandu lori maut rempuh belakang treler

Pemandu lori maut rempuh belakang treler

FOTO BERNAMA

MUAR, 23 Januari- Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan yang dipandunya melanggar bahagian belakang treler di KM132.3 Lebuh Raya Utara Selatan Arah Utara, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan berkenaan daripada orang awam kira-kira pukul 7 pagi.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku semasa pemandu sebuah treler yang merupakan lelaki tempatan berusia 49 tahun dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

“Namun apabila tiba di lokasi ketika treler bergerak terus, sebuah lori yang dipandu mangsa, S Thevandaran, 44, telah melanggar bahagian belakang treler sekali gus mengakibatkannya cedera parah di bahagian badan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Hospital Muar, manakala pemandu treler tiada kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....