Tuesday , 24 December 2024
Home Nasional Pemaju perumahan disaran guna tenaga solar untuk kelestarian
Nasional

Pemaju perumahan disaran guna tenaga solar untuk kelestarian

Pemaju perumahan disaran guna tenaga solar untuk kelestarian

Fadillah Yusof pada Majlis Makan Malam Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) 2024 di Kuala Lumpur/RTM

KUALA LUMPUR, 22 November- Pemaju perumahan dan pihak berkepentingan digesa beralih kepada penggunaan tenaga alternatif seperti solar serta memberi keutamaan kepada biodiversiti bagi merealisasikan pembangunan mampan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, usaha itu sejajar dengan visi Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara 2050 yang dilancarkan baru-baru ini.

\”Pelan Hala Tuju ini bukan sahaja menggariskan langkah penting untuk mencapai sasaran \’net zero\’ tetapi turut mengandungi strategi dan inisiatif untuk mentransformasi ekonomi, meningkatkan taraf kehidupan rakyat, serta menaikkan martabat negara. Penggunaan tenaga solar adalah antara intipati utama pelaksanaan pelan ini,\” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Makan Malam Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) 2024 di sini malam ini.

Tambahnya, walaupun penggunaan tenaga boleh baharu seperti hidro dan biotenaga telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu, laporan menunjukkan tahapnya masih rendah, iaitu hanya sekitar empat peratus sehingga tahun lalu.

Dalam masa sama, Fadillah menggesa pemaju perumahan untuk meneruskan agenda kelestarian melalui penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi pembangunan projek yang lebih cekap serta mengoptimumkan penggunaan tenaga dan air.

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...