Home Nasional Pelumba profesional dikhuatiri lemas ketika uji jet ski
Nasional

Pelumba profesional dikhuatiri lemas ketika uji jet ski

Pelumba profesional dikhuatiri lemas ketika uji jet ski

Pasukan penyelamat melakukan operasi SAR seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika menguji jet ski di Sungai Terengganu dekat Taman Tamadun Islam

KUALA TERENGGANU, 9 Ogos- Seorang pelumba jet ski profesional dari Terengganu, Abdullah Mubin, 44, hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Terengganudekat Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, hari ini.

Mangsa yang juga mekanik kenderaan air dari Kampung Ladang di sini itu dilapor terjatuh ketika menguji kenderaan tersebut pada pukul 8.00 pagi tadi.

Abdullah menguji kenderaan berkenaan sebagai persiapan untuk bertanding di Thailand. Beliau antara pemegang rekod King\’s Cup Thailand bagi kategori \’expert\’ (pakar) pada tahun 2012.

Saksi kejadian, Rushdan Abdullah berkata, dia sempat melihat mangsa sebelum tercampak ketika memandu jet ski serta hilang daripada pandangan.

\”Dia berulang alik naik jet ski… tiga ke empat kali (dalam keadaan) laju. Sampai satu hujung, lihat dia seperti hendak tukar arah… dia tercampak ke sebelah kanan, jet ski menghala ke kiri.

\”Jet ski tu hanyut perlahan-lahan hingga ke jeti (manakala) mangsa tercungap-cungap lebih kurang 10 kali, kemudian senyap, tidak timbul-timbul. Saya nak tolong pun tak boleh… saya telefon bomba,\” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 8.19 pagi sebelum 12 anggota termasuk empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan di lokasi kejadian membabitkan pelbagai agensi termasuk Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), rakan mangsa dan penduduk kampung.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...