Home Nasional Pelihara, pulihara ekologi marin, 200 anak benih karang ditanam di Pulau Jemuruk
Nasional

Pelihara, pulihara ekologi marin, 200 anak benih karang ditanam di Pulau Jemuruk

Pelihara, pulihara ekologi marin, 200 anak benih karang ditanam di Pulau Jemuruk

Sebanyak 200 anak benih karang jenis Tanduk Rusa ditanam dan ditenggelamkan di kawasan tukun berdekatan Pulau Jemuruk, di Langkawi

LANGKAWI, 16 Julai – Sebanyak 200 anak benih karang jenis Tanduk Rusa ditanam dan ditenggelamkan di kawasan tukun Pulau Jemuruk, di sini.

Proses penanaman anak benih tersebut antara inisiatif yang dilaksana bagi memelihara dan memulihara ekologi marin laut di pulau tersebut.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata terdapat peningkatan populasi karang laut yang seterusnya meningkatkan populasi ikan-ikan dan hidupan marin, sejak aktiviti tersebut dilaksanakan.

\”Kawasan berstatus geopark ini berpotensi menjadi satu daya tarikan pelancongan yang menarik disamping mendidik masyarakat untuk mengenali dan mempelajari bagaimana karangan laut menyumbang kepada diversiti serta populasi hidupan marin.

\”Terumbu karang juga merupakan tempat pembiakan dan \’nursery\’ bagi ikan-ikan serta lain-lain kehidupan laut,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Sharifah, program itu juga merupakan satu usaha JAS bersama rakan strategik Etria Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd dalam memastikan kelestarian alam sekitar terutama terumbu karang berada dalam keadaan baik dan sentiasa terpelihara.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...