Home Nasional Pelihara khazanah Kesultanan Pahang: Kakitangan Istana terima latihan modul bomba
Nasional

Pelihara khazanah Kesultanan Pahang: Kakitangan Istana terima latihan modul bomba

Pelihara khazanah Kesultanan Pahang: Kakitangan Istana terima latihan modul bomba

ultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) negeri Pahang sekali gus melakar sejarah pasukan pertama seumpamanya di Malaysia/Foto Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN, 28 Disember – Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) Pahang ditubuhkan atas inisiatif Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk melindungi khazanah bersejarah yang tersimpan di dalam Istana Negeri Pahang.

Seramai 48 kakitangan Istana Negeri Pahang telah dilantik sebagai ahli PKKI dan menerima modul latihan asas kebombaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Ts Nor Hisham Mohammad, berkata, PKKI berperanan sebagai pasukan tindakan awal dalam menghadapi situasi kecemasan di istana.

Latihan itu sekali gus membantu mengurangkan risiko kehilangan harta benda bersejarah yang tidak ternilai.

\”Kebanyakan istana menyimpan barang-barang bersejarah yang tidak dapat diganti jika berlaku kebakaran. Kita akan kehilangan nilai sejarah seperti lukisan dan artifak susur galur hierarki keturunan yang hanya terdapat di istana,\” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran PKKI di sini pada Sabtu.

Katanya, ahli PKKI menjalani latihan kebakaran, pengendalian mangsa kebakaran, rawatan asas pernafasan, dan pengendalian binatang liar serta berbisa.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah yang turut menzahirkan penghargaan kepada JBPM atas khidmat bakti mereka kepada masyarakat.

Baginda bertitah agar penubuhan PKKI bukan sahaja melatih kakitangan dan keluarga istana untuk bersiap sedia menghadapi sebarang tragedi tetapi juga mampu membantu orang lain yang memerlukan.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan melancarkan Plak Penghapusan Bahaya sebelum menyaksikan demonstrasi oleh ahli PKKI yang mempamerkan kecekapan mereka dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....