Home Nasional Pelesenan media sosial bendung salah guna platform
Nasional

Pelesenan media sosial bendung salah guna platform

Pelesenan media sosial bendung salah guna platform

Foto RTM

REMBAU, 3 JanuariLangkah pelesenan platform media sosial di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), bukan mengekang hak kebebasan bersuara.

Sebaliknya, satu inisiatif bagi membendung perkara-perkara anarki serta penyalahgunaan media sosial tanpa batasan.

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Kampus Rembau, Mohd Faisal Md Noor menjelaskan, ia juga usaha yang signifikan bagi meminimakan gejala buli siber, eksploitasi kanak-kanak, scam atau penipuan dalam talian daripada terus bermaharajalela di platform-platform media sosial.

\”Walaupun langkah-langkah perlesenan media sosial ini tidak dapat menjamin 100% dalam membanteras gejala anarki-anarki yang sedang melanda di media sosial ini seperti eksploitasi kanak-kanak.

\”Namun ia secara tidak langsung dapat mengurangkan sedikit perkara tersebut dari terus berleluasa dan saya percaya ia merupakan satu proses dan usaha sebelum kita dapat mengawal perkara tersebut secara lebih komprehensif\”, katanya demikian ketika ditemui RTM.

Dalam pada itu, Mohd Faisal Md Noor turut menyifatkan peranan ibu bapa di rumah adalah penting bagi membendung penyebaran maklumat tanpa sempadan berunsur negatif.

\” Ibu bapa perlu memainkan peranan sebagai pembimbing. Mereka perlu menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh.

\”Jadi mereka tidak boleh mengekang penggunaan sosial media kerana generasi mereka ini adalah generasi Z dan Alpha. Mereka sangat sinonim dengan perkembangan teknologi semasa.

\”Jadi jangan kekang tetapi bimbing dan didik mereka\”, katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....