Home Nasional Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan
Nasional

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan

Foto FB Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR, 9 Februari- Pelepasan cukai sehingga RM1,000 ditawarkan kerajaan bagi pembelian peralatan dan aktiviti 103 jenis sukan yang ditetapkan, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Inisiatif terbabit merupakan salah satu reformasi Kementerian Belia dan Sukan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Hannah, ia bagi menggalakkan penduduk negara ini mengamalkan gaya hidup sihat.

Pelepasan cukai itu boleh digunakan untuk pembelian peralatan sukan, penyertaan dalam kejohanan, keahlian gimnasium dan latihan sukan termasuk untuk pembayar cukai, pasangan, anak-anak, dan warga emas.

\”Latihan sukan bermaksud pembayar cukai boleh gunakan untuk belajar sukan yang baharu dan fee setiap bulan yang mereka bayar untuk jurulatih, mereka boleh kumpul resit untuk diri, untuk suami isteri serta anak-anak.

\”Tahun 2025, kita telah luaskan kepada ibu bapa pembayar cukai, bermaksud datuk dan nenek juga boleh belajar sukan yang baharu,\” katanya selepas menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Segambut 2025 di sini.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...