Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Pelbagai program menarik sempena majlis pelancaran Bulan Kebangsaan hari ini
Nasional

Pelbagai program menarik sempena majlis pelancaran Bulan Kebangsaan hari ini

Pelbagai program menarik sempena majlis pelancaran Bulan Kebangsaan hari ini

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Julai- Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024 membuka tirainya hari ini dengan pelbagai program menarik menanti pengunjung.

Berkonsepkan karnival rakyat, program sehari bermula 9 pagi hingga 4.30 petang di Cyberjaya itu padat dengan pengisian bermanfaat yang mampu mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat menuju Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan sambutan itu pada pukul 3.00 petang sekali gus menandakan bermulanya Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Antara aktiviti menarik menanti pengunjung adalah pameran kemerdekaan, Komuniti MADANI X NADI, Kuiz Roda Merdeka, RIUH X HKHM, aktiviti interaktif kenegaraan serta persembahan patriotik.

Orang ramai juga berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus dengan pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program serta tertakluk kepada terma dan syarat.

Turut disediakan adalah kaunter perkhidmatan semakan dan pembayaran cukai serta kompaun Majlis Perbandaran Sepang (MPS), gantian kad pengenalan, pembaharuan lesen memandu serta mendapatkan Skim Pinjaman Komputer Riba dan Desktop.

Antara tarikan lain adalah penganjuran Jualan Kombo Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jualan Ehsan Rahmah MADANI dengan menawarkan pelbagai produk pada harga murah antaranya ayam, ikan, daging, telur, minyak masak botol 5 kilogram (kg) dan beras 5kg.

Selain itu, perkhidmatan bas henti-henti secara percuma disediakan melibatkan dua lokasi pengambilan iaitu di Park & Ride Cyberjaya dan Parking Rekascape Cyberjaya ke tempat acara diadakan, dengan kekerapan perkhidmatan setiap 30 minit.

Maklumat lanjut mengenai Sambutan HKHM 2024 dan pelbagai program diadakan boleh didapati di laman sesawang www.merdeka360.my- BERNAMA

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...