Home Nasional Pelbagai kaedah akan diguna untuk kesan mangsa tanah jerlus – KPN
Nasional

Pelbagai kaedah akan diguna untuk kesan mangsa tanah jerlus – KPN

Pelbagai kaedah akan diguna untuk kesan mangsa tanah jerlus – KPN

Foto Fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Ogos– Pelbagai kaedah pencarian telah digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah jerlus di Masjid India.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pasukan SAR yang terlibat akan terus mencari kaedah lain bagi memastikan operasi berjalan dengan berkesan.

\”Perkara ini adalah membabitkan isu teknikal dan saya yakin pihak pasukan SAR mempunyai kepakaran dalam perancangan mereka selanjutnya.\”

\”Kita meneliti berapa lama tempoh masa diambil untuk botol berkenaan sampai ke loji Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) di Pantai Dalam,\” kata Tan Sri Razarudin kepada pemberita selepas meninjau operasi SAR di Jalan Masjid India, hari ini.

Razarudin berkatalebih 115 anggota pasukan SAR terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), IWK, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), terlibat dalam operasi yang masuk hari kelima hari ini.

Beliau berkata pasukan SAR turut menggunakan teknologi kamera di lurang kumbahan bagi mengesan mangsa.

“Pada hari ini juga Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains turut hadir melakukan pemantauan di lokasi kejadian, termasuk melakukan imbasan,” katanya.

Razarudin turut memaklumkan orang ramai tidak perlu khuatir dengan keadaan keselamatan di lokasi berhampiran kejadian dan jangan terpengaruh dengan maklumat di media sosial yang mendakwa kawasan Masjid India tidak selamat.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...