Home Nasional Pelarasan gaji penjawat awam keputusan munasabah – Menteri Kesihatan
Nasional

Pelarasan gaji penjawat awam keputusan munasabah – Menteri Kesihatan

Pelarasan gaji penjawat awam keputusan munasabah – Menteri Kesihatan

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

SERDANG, 17 Ogos- Pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu keputusan yang munasabah setelah lebih dari 12 tahun tiada kenaikan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelarasan itu tidak hanya berkaitan dengan masa perkhidmatan tetapi juga berdasarkan produktiviti dan prestasi kerja.

Pelarasan berkenaan juga penting untuk mengekalkan pakar-pakar dalam sektor awam supaya mereka tidak berpindah ke sektor swasta.

\”Saya mahukan pakar-pakar saya diberikan kenaikan sewajarnya berdasarkan prestasi mereka. Ini adalah sangat mustahak, jadi semua pakar saya tidak lari kepada sektor swasta.

\”Jadi ini adalah satu isyarat yang sangat prihatin, peka dan empati Perdana Menteri,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Thalassaemia Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini.

Dalam fasa pertama, kenaikan gaji ini akan mencapai 12 peratus, dengan kemungkinan peningkatan sehingga 24 peratus bergantung kepada skim perkhidmatan dilaksanakan.

Ia merupakan langkah signifikan yang akan memberi dorongan kepada kakitangan awam untuk terus berkhidmat dengan cemerlang selain untuk memotivasi dan memelihara tenaga kerja, serta memperbaiki kualiti perkhidmatan awam.

Related Articles

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas
Nasional

Operasi Bersepadu Mega: 100 barang luput, eksport tanpa kebenaran dirampas

Foto MBASALOR SETAR, 17 April-100 unit barang tarikh luput dan barang eksport...

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir
Nasional

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 17 April- Seramai 155 orang daripada 54 keluarga terjejas...

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu
Nasional

Menara KL ditutup sementara, urus tadbir diambil alih syarikat baharu

FOTO HIASANPUTRAJAYA, 16 April- Menara Kuala Lumpur kini ditutup buat sementara waktu...

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana
Nasional

Presiden Xi Jinping diraikan dalam Majlis Makan Malam Rasmi di Seri Perdana

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden China Xi Jinping menghadiri...