Home Nasional Pelarasan gaji bukti kerajaan prihatin terhadap penjawat awam
Nasional

Pelarasan gaji bukti kerajaan prihatin terhadap penjawat awam

Pelarasan gaji bukti kerajaan prihatin terhadap penjawat awam

Foto Hiasan

SINTOK, 18 Ogos-Pengumuman berhubung pelarasan gaji penjawat awam yang bakal dilaksanakan secara berfasa Disember ini merupakan cerminan kepada keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan penjawat awam.

Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis berkata pengumuman tersebut memberi kelegaan kepada penjawat awam dalam mendepani kos sara hidup yang semakin mencabar.

Kamarul turut berkata pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu menjadi pemangkin dan semangat kepada para penjawat awam untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan selain prestasi kerja lebih baik terhadap rakyat dan negara.

\” Saya juga berharap agar kakitangan kerajaan dapat bekerja dengan penuh semangat, iltizam, tekad di dalam membantu merealisasikan impian.

\”Ini juga merupakan kecaknaan, keprihatinan pemimpin bersama rakyat iaitu kerajaan menitikberatkan usahanya membantu rakyat,masyarakat khususnya kakitangan awam, pegawai-pegawai kerajaan di dalam menikmati insentif yang cukup baik ini\”,katanya demikian ketika ditemui RTM di sini.

Jumaat lalu,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus secara berfasa kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT) pula sebanyak tujuh peratus.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....