Friday , 20 September 2024
Home Nasional Pelarasan gaji, Anwar mahu penjawat awam beri perkhidmatan lebih baik
Nasional

Pelarasan gaji, Anwar mahu penjawat awam beri perkhidmatan lebih baik

Pelarasan gaji, Anwar mahu penjawat awam beri perkhidmatan lebih baik

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Ogos- Penjawat awam perlu memberikan perkhidmatan jauh lebih baik setimpal kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan diumumkan secara kaedah \’kasar\’ pada bulan ini selain memaklumkan keputusan untuk menaikkan gaji penjawat awam dibuat setelah mempertimbangkan faktor-faktor penting, termasuk tiada kajian menyeluruh mengenai kenaikan gaji dalam tempoh 12 tahun kebelakangan ini.

\”Walaupun ada suara bangkang yang tak pernah kenal erti syukur dan tak pernah nak terima kenyataan, tapi percayalah apabila saya umumkan nanti, sebahagiannya bulan Ogos dan lengkapnya seperti mana yang saya janjikan pada bulan Oktober (iaitu pada) Belanjawan Negara, (pelarasan) dilaksanakan mulai 1 Disember.

\”…iaitu kenaikan gaji paling tinggi dalam sejarah negara sejak merdeka, sebabnya dua. Pertama negara membangun tetapi, selama 12 tahun tidak ada kajian menyeluruh kenaikan gaji, kedua kerana mengiktiraf peranan mereka (penjawat awam) selama ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Perumahan Penjawat Awam Malaysia MADANI di Bandar Sri Permaisuri di ibu negara.

Majlis peluncuran itu turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mekanisme pelarasan gaji penjawat awam akan diumumkan Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 pada 16 Ogos inidiPusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Dalam pada itu Anwar juga mahu penjawat awam perlu bersama-sama dengan kerajaan dalam membangunkan negara.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...